Tuesday, December 22, 2009

Kisah Demam Gelombang Kedua

Maaf kawan. Agak lama tak up date blog. Aku demam. Demam gelombang kedua gamaknya. Pada hal aku baru sahaja pulih dari demam beberapa minggu lalu. Demam yang panjang. 2 minggu. Sungguh. Aku belum pernah demam selama itu.

Kali ini. Penangan demam maha hebat dugaannya. Badan aku jadi sejuk sampai ke tahap menggeletar. Bila makan ubat, ok. Dan selepas 4 jam badan aku kembali menggeletar. Aku makan ubat balik. Ok lah sekejap. Selepas 4 jam, menggeletar balik. Begitulah berulang-ulang. Mengikut aturan ubat yang perlu aku ambil, 2 biji sekali makan. 3 kali sehari. Tapi aku ambil 2 biji, 6 kali sehari. Lantaklah. Tak boleh tahan beb.

Mengikut kata doktor, aku demam akibat virus. Aku syak, aku telah mendapat virus ni ketika aku dan Encik Darren merambu Ahad lepas. Ya. Encik Darren tu memang kaki dating. Pesen suka berkepit. Tambah-tambah budak MC lepak rumah neneknya. Macam-macam plan dia nak bawa aku ke sana ke mari. Balik dari bersakan-sakan merayau, aku terus demam.

Semalam. Isnin. Walaupun badan adalah sangat lemah, namun aku terpaksa ke sekolah MC untuk ambil buku teks. Dan. Alang-alang sudah ke sekolahnya, aku buat keputusan untuk ke kedai buku untuk beli buku sekolah. Kedai buku sekolah MC adalah sangat ngok-ngek. Aku terpaksa beratur selama 1 jam lebih untuk beli buku. Di kala badan tak sihat, 1 jam lebih itu amat menyiksakan.

Aku minta Encik Darren uruskan pengambilan buku teks MC sementara aku beli buku. Sedang aku beratur, tiba-tiba henfon berbunyi. Sms. Dari Encik Darren.


"Abang balik rumah kejap. Nak berak."

Dasar ponggong mengada-ngada. Macamlah sekolah MC tu tak ada tandas!


[up date 11.08 a.m : Selamat Hari Lahir buat Pakcik. :)]
.

Friday, December 18, 2009

Kisah Dunia Akhirat


Petang semalam. Keluar pejabat awal. Lebih kurang jam 5 suku. Pergi rumah mak sekejap. Dekat-dekat dengan pejabat ni je pun. Pergi tengok MC. Dah dekat seminggu tak balik rumah. Dia ikut apak mer gua mesyuarat PMBOA kat JB.

"Bu, MC tak nak balik. Nak duduk rumah nenek...".

Ok. Ikut sukalah. Dalam hati dah tergedik-gedik nak balik rumah. Nak mengadap bola. Nur Kasih tolak ke tepi hari ni. Masuk dalam kereta, Encik Darren bagi cadangan, "Jom pergi Jusco!".

Jusco? Ni la masalahnya bila dapat laki yang bukan kaki bola. Orang nak tengok final Sukan SEA dia boleh bagi cadangan nak pergi Jusco. Gua tertekan tapi gua senyum dan bersetuju sahaja dengan cadangan beliau. Gua memang pesen tak melawan cakap suami. Apa-apa kemahuan dia memang gua turutkan je. Itu sebab dia sayang gila ke gua. Ha ha.

Usai berdeting di Jusco, kami pulang. Gua gembira. Jam dah pukul 6 lebih masa tu. Sampai rumah gua terus on tv. Baju pun gua tak salin. Gua layan bola. Gua tak reti nak ulas. Tapi gua memang membara dengan drama lakonan goal keeper Vietnam. Agak-agak tangan tu dah terpeleot, keluar je la bai. Ni kekejap buat muka tahan senggugut. Agak-agak dia terlepas bola, buat muka senggugut. Meluat!

Oleh kerana gua layan bola, Encik Darren pun terpaksa tengok. Jam 7.10 dia dah masuk bilik air. Mandi. Solat maghrib. Gua? Merungut-rungut. Kenapa la bola ni main sampai 90 minit.

Lagi 20 minit pukul 8 hati gua dah resah. Maghrib tak solat lagi ni. Nak tinggalkan bola hati pulak tak rela. Makanya, gua guna kaedah buat kerja silih berganti. Gua berlari pergi gosok gigi sekejap. Usai. Gua mengadap tv balik. Kemudian gua pergi cuci muka sekejap. Usai. Gua mengadap tv. Selesai 2 urusan dalam bilik air.

Minit ke 85. Malaysia sumbat gol sebijik. Gua gembira. Walaupun 6 minit masa tambahan tu agak mendebarkan. Lagi 5 minit pukul 8, pengadil tiup wisel. Malaysia menang.

Tiba-tiba Encik Darren muncul.

"Yu ni dah maghrib belum...?".

Mencicit gua masuk bilik air.

.
.
.

Gua solat maghrib dan baca doa awal tahun. Seimbang tak dunia dan akhirat gua...? He he.





.

Cerita Lain

"Ai ingat nak tukar namalah. Yu panggil Ai Darren yek...?" - Encik Darling.

Gedik tak hengat, kan?

Ha ha.



.